Program Geran KL Kreatif
Program Geran KL Kreatif bertujuan untuk menggiatkan pusat bandar bersejarah ke arah penciptaan hab kreatif, boleh didiami, bertenaga dan berkembang maju dengan menawarkan peluang untuk melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan daerah kreatif, membangunkan ekonomi serta mengukuhkan daya tahan sosial dan alam sekitar di Pusat Bandar Kuala Lumpur.
Program ini bertujuan untuk menarik bakat dan perniagaan ke Pusat Bandar Kuala Lumpur dan menggalakkan tanggapan persekitaran yang menarik untuk hidup, bekerja, bersantap dan beriadah. Kualiti tanggapan sesebuah tempat adalah penting untuk menarik dan mengekalkan bakat serta kumpulan bakat yang pelbagai akan menjadi titik jualan utama untuk membawa pelaburan baharu ke daerah kreatif ini.
Penggiatan semula adalah berdasarkan pelbagai kaedah dan peringkat pelaburan awam yang disasarkan. Oleh itu, Think City, dengan sokongan Kementerian Kewangan melancarkan Program Geran KL Kreatif dalam Belanjawan 2023 Malaysia MADANI untuk mencapai wawasan tersebut dan menangani cabaran bandar sedia ada di Pusat Bandar Kuala Lumpur.