Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) MOTAC
Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) MOTAC merupakan
satu inisiatif kerajaan yang diumumkan melalui Bajet 2023 di bawah
Pelan Pemulihan Pelancongan MOTAC. Bagi memastikan ekosistem
kesenian dan kebudayaan di negara ini terus kekal berdaya saing
dan diperkasa pada tahun 2023, GSSK MOTAC diteruskan selari
dengan matlamat dan nilai teras Malaysia Madani.