GUA: BOH Cameronian Arts Kekal 4 Kategori Utama

  • Home
  • Press
  • GUA: BOH Cameronian Arts Kekal 4 Kategori Utama
.
Articles, Blog, Press

GUA: BOH Cameronian Arts Kekal 4 Kategori Utama

By , 28 March 2013

Industri kreatif tanahair sememangnya tidak pernah lekang dengan kehadiran penggiat-penggiat seni yang tidak pernah jemu menyajikan kita dengan pelbagai karya segar dan menarik. Kakiseni sekali lagi tampil dengan penganjuran BOH Cameronian Arts Awards (BCAA) buat kali ke 10. Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada karya seni yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga mempunyai nilai estetika tersendiri di mata penggemar seni tempatan.

Masih lagi mengekalkan empat kategori sebagai intipati utama anugerah ini, penganjuran BCAA tahun ini lebih istimewa kerana malam kemuncaknya akan diadakan secara terbuka di Centre Court, Pavilion, Kuala Lumpur. Selaras dengan hasrat Kakiseni untuk memberi peluang orang ramai mengenali sisi seni Malaysia yang berbeza ini dengan lebih dekat, pelbagai acara seni sampingan akan diadakan selama 10 hari di sekitar Pavilion menjelang malam penganugerahan utama yang akan berlangsung pada 1 Mei 2013. Antaranya adalah pementasan teater, persembahan muzik, busking, perarakan jalanan, forum seni dan banyak lagi merangkumi karya dalam dan luar negara. Sebelum itu, satu majlis penyampaian anugerah teknikal akan diadakan pada 22 April 2013.

Gembira dengan perkembangan positif industri seni tanahair, Pengarah Kakiseni yang juga bekas pengacara 3R, Low Ngai Yuen berkata konsep anugerah terbuka yang diadakan julung kali ini memberi peluang kepada mereka di luar sana untuk lebih mengenali lanskap seni Malaysia secara keseluruhannya.

Kalau nak tahu lebih lanjut tekanlah link ini: GUA.com.my: BOH Cameronian Arts Kekal 4 Kategori Utama

Post a Reply