Astro Awani: Anugerah Seni Boh Cameronian Dekati Rakyat

  • Home
  • Press
  • Astro Awani: Anugerah Seni Boh Cameronian Dekati Rakyat
.
Articles, Blog, Press

Astro Awani: Anugerah Seni Boh Cameronian Dekati Rakyat

By , 28 March 2013

KUALA LUMPUR: Untuk tahun ke sepuluh penganjuran majlis anugerah seni pentas tanahair, Anugerah Seni BOH Cameronian (10BCAA) bakal diadakan dalam premis yang lebih berskala besar. Majlis anugerah tersebut bukan sekadar mengiktiraf karya-karya seni pentas yang dipersembahkan tahun lalu, malah Kakiseni selaku penganjur turut merancang untuk mendekatkan seni pentas dengan rakyat.

Menjelang malam kemuncak, satu festival seni bakal diadakan di Pavilion KL yang mengetengahkan bakat-bakat seni tempatan dan antarabangsa di pentas teater, muzik, seni muzik jalanan, seni visual tampak dan forum diskusi.

Sepanjang penganjurannya, inilah kali pertama malam kemuncak anugerah seni berprestij itu dilangsungkan di sebuah tempat terbuka, Centre Court, Pavilion KL pada 1 Mei depan.

Menurut Ketua Kakiseni, Low Ngai Yuen, “Usahasama dengan BOH untuk tahun kesepuluh amat dihargai dalam menyokong usaha mengiktiraf bakat serta membuka laluan baru untuk penggiat seni mempersembahkan karya mereka baik di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa.”

Tambah Yuen lagi, “Seni pentas perlu mendekati rakyat. Untuk itu pada tahun ini kami membawakannya ke tempat terbuka iaitu pusat membeli-belah terkemuka, Pavilion KL. Kami berharap masyarakat sekeliling dapat didedahkan dan diperkenalkan dengan karya seni yang telah kita usahakan selama ini. Semoga dengan cara ini, masyarakat akan dapat lebih menghargai seni budaya kita sendiri.”

Untuk membaca artikel penuh, klik sini: Astro Awani: Anugerah Seni Boh Cameronian Dekati Rakyat

Post a Reply